Bulan: Mei 2017

PONDOK PAKYA

Posted on Updated on

KEJADIAN tragis menggemparkan negara 27 tahun lalu di Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya sudah pasti menjadi lipatan sejarah yang sukar dipadam buat keluarga yang melaluinya.

Kebakaran membabitkan asrama puteri pondok terbabit pada 22 September 1989 sudah pasti mengimbau peristiwa pahit yang masih terpahat di sanubari, mengakibatkan 27 pelajar terkorban.

Apatah lagi, kesemua 27 syuhada kini disemadikan di tanah perkuburan khas tidak jauh dari lokasi kejadian dekat Padang Lumat, Yan, Kedah.

Ia juga dilihat memudahkan ahli keluarga, saudara dan sahabat menziarahi perkuburan itu selain mengingati musibah yang menimpa mereka pada pagi Jumaat itu.

Di pusara mereka yang mengharum, terkubur bersama impian dan harapan yang kini menjadi doa yang dititipkan saban Baca entri selengkapnya »