Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011 Kali Ke-53

Posted on

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-53  akan bermula pada Sabtu ini, iaitu 16 hingga 23 Julai 2011  bersamaan dengan 14 hingga 21 Syaaban 1432H bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa secara tahunan oleh Kerajaan Malaysia ini menggambarkan komitmen pihak Kerajaan selaku tuan rumah dalam menerapkan budaya minat terhadap Al-Quran serta memahami intipatinya dalam mengaplikasikan tuntutan dan larangan dalam kehidupan kita seharian serta merapat dan mengeratkan lagi tali persaudaraan Negara-negara Islam di dunia.

Majlis tilawah yang berlangsung selama lapan malam ini bertemakan “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” dijadual dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pada kali ini, jumlah peserta adalah Seramai 81 peserta dari 50 negara iaitu 50 qari dan 31 qariah. Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), jumlah peserta dan negara yang menyertai tilawah kali ini meningkat berbanding tahun lepas iaitu 76 peserta dari 47 negara.

Malaysia akan diwakili oleh Johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-54 baru-baru ini iaitu Encik Amirahman bin Abas dari Negeri Sembilan dan Puan Hajjah Suraya binti Abu Hassan dari negeri Johor.

Johan tilawah akan membawa pulang sebuah piala iringan, wang tunai sebanyak RM32,200 beserta cenderamata dan Sijil Penyertaan, Naib Johan Qari dan Qariah akan menerima wang tunai berjumlah RM22,400, cenderamata dan sijil penyertaan. Bagi tempat ketiga pula Qari dan Qariah akan menerima wang tunai sebanyak RM 13,600, cenderamata dan juga sijil penyertaan. Selain itu, hadiah sagu hati kepada setiap penyertaan adalah berupa wang tunai berjumlah RM 4,800, cenderamata dan sijil penyertaan kepada semua peserta.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput hadir ke majlis ini mulai 16 hingga 23 Julai 2011, dari jam 8.30 hingga 11.00 malam mengikuti dan mendengar serta melihat sendiri bagaimana Qari dan Qariah dari Negara Islam seluruh dunia memperdengarkan bacaan masing-masing mengikut gaya dan alunan suara dalam membacakan ayat-ayat suci al-Quran. Orang ramai juga boleh menonton majlis tilawah ini secara lansung di TV1 ataupun melalui web TV Jakim dengan melayari laman web http://www.islam.gov.my

Sumber:http://hazminhamudin.com

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s